kalau nanti saya pilih awak kan,
saya nak awak jadi yang terakhir. saya nak kita habiskan masa bersama tanpa sedetik pun rasa bosan. saya nak awak jadi milik saya sepenuhnya dan begitu juga dengan saya.
kalau nanti awak putuskan untuk bersama saya,
saya nak awak sabar dalam menghadapi ego saya, sombong saya yang kadang-kadang sering malampaui batas. saya nak awak ada disaat terburuk saya dan turut ada saat senang saya.
kalau nanti di suatu masa kita bertemu dan ternyata saling cinta,
saya nak awak ada impian yang berbeza dengan impian saya. kita akan saling menyokong impian itu dan tunaikan bersama. disaat awak lakukan kesalahan, saya akan diam. dan saat awak tersedar kesalahan awak, saya akan ada untuk bawa awak ke jalan yang benar. begitu juga yang saya mahu dari awak.
kalau nanti kita bersama,
saya nak awak setia. saya nak awak bagi komitmen sepenuhnya kerana saya akan tinggalkan semua permainan dan membuktikan bahawa bermain denganmu tidak akan pernah menjemukan.
kalau nanti kita masih bersama sampai tua,
saya nak kita tetap berdua di rumah, mungkin bersama anak-anak.,menghabiskan waktu dengan mereka, menonton tv, makan bersama dan kemudian bercerita tentang segala kenangan yang pernah kita lewati. saya akan sentiasa memastikan malam awak tidak merasa dingin dan sepi, saya akan menyediakan bunga dan sarapan setiap pagi, saya akan menghafal seribu buku yang lucu, asal awak berjanji untuk selalu tersenyum sehingga awak lupa bagaimana caranya untuk menitiskan air mata.
kalau nanti,
kalau saja ada nanti,
saya mahu ini, saya mahu itu..
tunggu..
sekarang saya tahu kenapa Tuhan belum datangkan awak untuk saya
saya terlalu sibuk memikirkan apa yang saya mahu..
ok kita tukar,
kalau nanti kita memutuskan untuk bersama,
kita akan duduk berdua dan sama-sama menulis apa yang kita mahu. bukan perjanjian atau kontrak. hanya kata-kata manis dan romantis yang menggambarkan masa depan kita.
:)
No comments:
Post a Comment